Cantik Di Hati


Jangan kita terikat dengan dunia
semuanya hanya pinjaman semata-mata,
belajarlah untuk melepaskan segalanya
agar bila tiba masanya kita tidak akan gundah gulana"


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah s.w.t
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu akan membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Sunday, August 24, 2014

Tips-Tips Memohon Jawatan Guru


Bismillahirahmanhirahim... 


Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Entry ini khusus buat rakan-rakan yang ingin menjadi seorang pendidik dan juga kepada adik-adik yang berada di Institut Pengajian Tinggi yang sedang dalam pengajian. Pengalaman Cik Eni dalam menunggu penempatan menjadi seorang guru.

berdrama sekejap; mengenang kisah dolu-dolu

Satu perkara yang dirancang apabila Cik Eni menyambung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah selepas TAMAT PENGAJIAN akan terus mendapat pekerjaan sebagai seorang guru. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian aku di U.P.S.I bagi sesi 2009/2010. Kalau Cik Eni tak silap, bulan Mei 2013 telah menjadi bulan terakhir berada di U.P.S.I.  Sedih pulak kan apabila dah tamat pengajian, terus sedih nak tinggalkan tempat yang telah menjadi kampung KEDUA Cik Eni. Dalam beberapa bulan jugaklah Cik Eni bekerja bagi menyara kehidupan di bumi Semenanjung ini. Pelbagai kerja Cik Eni dah buat, kelas kau!! Kerja 'Secret Recipe', kerja bank UOB, menjual di bazar ramadhan. Alhamdulillah dapatlah mengisi poket yang kosong sementara menunggu KONVOKESYEN 2013. Akhirnya pada 12 September 2013, Cik Eni telah berjaya KONVO!!! Banyak pulak celoteh Cik Eni kan.


TIPS-TIPS PENEMPATAN 


Baiklah berikut beberapa perkara yang perlu diLAKSANAKAN selepas tamat PENGAJIAN:

1. Sila isi JOBS MALAYSIA (jangan lupa update betul2 alamat, sentiasa kemaskini)

2. Sila ikuti perkembangan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

3. Sementara menunggu tarikh INTEBIU, kerjalah pulun ye kumpul duit banyak2 klu nak kawen senang. Hehehe. Cik Eni senang lepas belajar suda kawen. Buat simple-simple sudah. 




gambar kahwen cik eni dan en.helmi.


4. Tarikh INTEBIU memang lambat gile keluar, dan jangan sedih ye IANYA BERPERINGKAT. Waktu Cik Eni hari itu Intebiu ISMP bermula pada hujung bulan Januari 2014 kalau tak silap.  Akhirnya, setelah penat berzikir bila nak posting setiap hari.... Tarikh INTEBIU keluar pada 24 Februari 2014 dan nama saya ada!! Hehehe... Tarikh intebiu keluar sehingga akhir bulan Mac 2014.



5. Alhamdulillah sudah intebiu, punyalah semangat study untuk intebiu baca NKRA, SPP, RMK dan sebagainya. rupanya dia tanya senang je. Ingat nama menteri-menteri, baca huraian sukatan pelajaran dan KEBAT. Sudah!!


6. Cik Eni dapat keputusan intebiu rasanya dalam bulan Jun 2014, lama jugaklah. Sabar je lah yang mampu dan enjoy dengan apa yang ada sekarang. Jangan lupa sentiasa berdoa agar lulus dalam intebiu. Berjaya atau TIDAK semuanya ketentuan Allah s.w.t.


Sumber: Fitriani bt Mahi
(pinjam fit, aku punya dalam hp..hehehe)




sumber: fitriani bt mahi
(pinjam fit, aku punya dalam hp..hehehe)


7. Akhirnya pertengahan bulan Jun 2014, keluarlah result penempatan. Penempatan ini kadang-kadang ikut kehendak kita dalam JOBS MALAYSIA tapi majoritinya ditempatkan mengikut kekosongan jawatan. Kalau dihantar ke BORNEO, bersyukurlah ye sebab dapat banyak ELAUN. hehehe.



8. Macam JPN SELANGOR, sebelum LAPOR DIRI kami dikehendaki HADIR untuk sesi TAKLIMAT. Punyalah marah-marah sebab perlu hadir kan sebab time tu Cik Eni masih kerja di sekolah private. Terpaksalah pergi. Tapi semua ada hikmahnya, time taklimat tu juga kami semua tahu sekolah mana kami ditempatkan. Dan semua surat tawaran SPP, surat penempatan JPN dan segala-gala dokumen telah diberikan kepada kami. Jadi senanglah nak uruskan gaji. Hehehe.


9. Akhir sekali sampai disekolah, kena isi banyak borang ye sebab kita ORANG BARU. Antara borang yang perlu disi adalah borang maklumat diri untuk sekolah dan PPD, borang untuk ICT dan kena banyak salinan kepada sekolah. Contohnya, salinan ic kita, parent, pasangan, surat beranak, salinan surat tawaran, penempatan, slip gaji dan gambar passport. Bagi online pulak kena urus E-OPERASI, E-PENYATA GAJI, SAPSNKRA tapi itu settle lambat pon takpe.


10. Ada lagi satu, bagi ORANG SABAH SARAWAK yang posting di SEMENANJUNG dan SEMENANJUNG POSTING di BORNEO, akan urus elaun iaitu EPW & BIW. Perlu sediakan IC kita, parent, surat beranak kita dan parent, surat akuan pemastautin. Barulah dapat ELAUN.




Baiklah, sekian sahaja entry kali ini. Selamat Menjadi Guru yang telah posting dan Selamat Bersabar kepada yang Belum lagi. In shaa ALLAH. 








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...